Thursday, June 18, 2009

PENGENALAN DAERAH KOTA BELUD

LATAR BELAKANG DAERAH KOTA BELUD

Lokasi : Di Pantai Barat Utara Negeri Sabah

Keluasan : 1,385.6 km persegi

3 Kawasan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri :

* N.6 Tempasuk (6 Mukim)

* N.7 Kadamaian (8 Mukim)

* N.8 Usukan (6 Mukim)

1 Bahagian Pilihan Raya Parlimen P. 148 Kota Belud

Kampung : 171 buah

Penduduk : Lebih kurang 71,615 orang

Kaum : Kadazan-Dusun, Bajau, Irranun, Ubian, Cina,

dan lain-lain.

Pekerjaan : Bertani, nelayan, penternak, berniaga dan lain-lain



Kota belud adalah sebuah pekan yang kecil namun kian membangun oleh peredaran masa.Kota Belud dihuni oleh beberapa etnik yang menjadikannya salah satu daerah yang berbilang kaum.Kaum terbesar yang menghuni daerah ini adalah Kaum Dusun( dusun Tindal & Dusun Tebilung), diikuti oleh kaum Bajau yang lebih sinonim dengan panggilan kaum Sama,kemudian kaum Iranun dan selebihnya sedikit kaum Cina dan India.

Daerah Kota Belud ini mempunyai beberapa perayaan yang menjadi tradisi juga tarikan kepada pelancong asing..diantaranya adalah Pesta Kaamatan,Tamu Besar,Tamu Mingguan dan sebagainya..Masyarakat Kota Belud juga terdiri dari tiga agama utama iaitu Islam,Kristian dan Buddha.Oleh kerana terdapat perbezaan ini maka selalunya masyarakat akan kunjung mengunjung semasa meraihkan perayaan ini.Jadi maka boleh lah dikatakan masyarakat Kota Belud ini adalah satu contoh "1 Malaysian" yang diwar-warkan oleh perdana menteri kita.